Wednesday, 24 October 2012

Puasa sunat hari 'Arafah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.. Selamat Berpuasa Sunat Hari 'Arafah semua..hehe. Macam kejap je.. Esok kita semua nak raya lagi.. Rasa macam baru je ber'collection ( walaupun dah 'licin' dah duit collection tu ) masa Aidilfitri hari tu.. dah nak raya lagi kan..? Tapi tak pe.. saya sangat suka berhari raya, hakhak!

Hari ni hari Khamis bertarikh 25 Oktober 2012 bersamaan 9 Zulhijjah 1433 kita semua ( umat Islam ) yang tidak mengerjakan ibadah haji disunatkan untuk berpuasa Hari 'Arafah yang mana Rasulullah S.A.W telah bersabda : 





Yang bermaksud : Rasulullah S.A.W. bersabda : 


“Puasa hari Arafah, sesungguhnya aku berharap Allah S.W.T agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Muslim)

So, sayanglah kalau kita nak lepaskan peluang keemasan ni kan? betul tak? Semoga kita semua di dalam lindungan kasih & rahmat Allah S.W.T.. aamiin~









Friday, 19 October 2012

HaPpY 25th AnNiVeRsArY ABAH & UMMI..!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Abah & Ummi yang tercinta.. semoga berkekalan hingga ke syurga.. aamiin..

Ok, sebenarnya semalam anniversary abah & ummi.. kira terlambat 1 hari la entri kita ni kan. Tapi tak pe.. tak jadi masalahkan.. hoho~
Semalam kita buatlah kek dan juga coklat dengan bantuan kakak serta adik untuk raja serta permaisuri hati kita tu.. daaaaannn... beginilah hasilnya..teng tereeenggg...






Ha, cantik tak? cantik tak? cantik kan? kalau tak cantik, buat-buat je macam cantik ( ambillah hati kita ni sikit. penat buat ni tau tak?? huhu ).

Nak resepi? cakap cantik dulu, baru bagi.. hahax! ( ntah hape hape perangai ). Nantilah di lain entri kita bagi k. Hmm oklah untuk hari ni, sampai sini dulu ye.. Take Care.. tata :)

Wednesday, 17 October 2012

Melepak di Bilik Pengetua Sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.. Ok, semalam kita tidur & mimpi kawan-kawan sekolah.. Entah kenapa sekarang ni asyik mimpikan kawan-kawan. Hampir semua kawan-kawan kita, kita mimpi.. Mungkin kita rindu kat diaorang atau mungkin diaorang yang rindukan kita ni.. hihi.

So, disebabkan kita asyik mimpikan diaorang tu, kita macam teringin pulak nak tulis pasal cerita kitaorang masa zaman persekolahan dulu.. Dulu kita nakal jugak, walaupun tak berapa nak nakal la.. Kenakalan kita tu tak dela pulak sampai boleh di buang sekolah atau jadi kes polis.. tu jahat kot namanya.. Ye ke? Entah!

Dulu masa form 4, form 5, kita & kawan-kawan dah makin menjadi-jadi perangai entah pape tu.. almaklumlaahh... dah seniorla katakan..(dengan nada bangga). Masa form 5 lah yang paling haru.. budak-budak batch kita dah semakin berkurangan kat sekolah tu.. Bayangkan.. form 5 cuma ada berapa belas orang je & budak perempuannya cuma 3 orang. yang lain semua lelaki dalam kelas tu! So kitaorang 3 dara ni menjadi buruan ramailah.. ok jangan percaya yang ni, sebab pembohongan semata-mata!hakhak. 

Kita & kawan baik kita nama Niza selalu boring kat kelas.. sebab selalu kitaorang berdua je dalam kelas tu.. yang lelaki dengan aktiviti diaorang sendiri. Bila tak de ustaz/ustazah je dalam kelas, kitaorang akan ambil kesempatan tu untuk melaksanakan tawaf sekeliling sekolah. Dan tempat yang menjadi feveret kitaorang untuk melepak adalah bilik pengetua sekolah, sebab kat situ sejuk ada aircond.. hehe. Tapi malangnya.. Ustaz Selamat (nama pengetua time tu) macam tau-tau je niat suci murni kitaorang tu.. Bila kitaorang datang & cuba bodek dia, dia akan tanya, tak de cikgu kat kelas? Dengan jujur, kitaorang pun jawab tak de.. maka dengan itu, Ustaz Selamat akan terus menyatakan hasratnya yang berunsur arahan, " Dah, gi masuk kelas. Jap lagi aku masuk ajar matematik". Aduss punah harapan untuk 'menyejukkan jasmani', huhu. Dan yang lebih haru, lepas ustaz tu masuk kelas, budak-budak lelaki akan marah kitaorang kerana menjadi penyebab ustaz tu masuk mengajar, hoho. Selalu juga kena macam tu.. Sekali 2 je rasanya, kitaorang berjaya lepak-lepak kat situ tanpa diganggu, hahax.

Tapi sekarang kita dah taubat.. tak buat macam tu dah.. sebab kita dah lama dah habis sekolah.. Kalau sekarang ni masih bersekolah, mungkin kita masih buat lagi perangai macam tu.. hehehe. Buat adik-adik yang masih bersekolah, rajin-rajin belajar ye.. Tak payahla nak tawaf sekolah tu & lepak kat mana-mana tak tentu hala.. tapi.......... sekali sekala buat, tak pe.. hihi~








Monday, 15 October 2012

EGG TART

بسم الله الرحمن الرحيم




BAHAN-BAHAN

-PASTRY-
200g = butter
80g = gula aising
360g = tepung gandum (kalau superfine lagi bagus)
1 biji = telur
1/2 sudu kecil = esen vanila

-FILLING-
1 cawan = susu cair
4 biji = telur
1 cawan = gula
1 cawan = air
1 sudu besar = tepung kastard
1/2 sudu kecil = esen vanila
beberapa titik = pewarna kuning yang dibenarkan


CARA BUATNYA

  1. Pukul butter & gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur.
  3. Masukkan pula tepung sehingga menjadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2cm dan terapkan dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung.
  6. Bakar selama lebih kurang 10minit pada suhu 180.
  7. Keluarkan dari oven dan masukkan filling. Bakar lagi 10minit.
  8. Untuk buat filling, campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati
  9. Siap!=)





CUPCAKE COKLAT

بسم الله الرحمن الرحيم





BAHAN-BAHAN

200 g = gula aising
8 biji = kuning telur
2 biji = putih telur
250 g = butter
200 g = tepung kek
50 g = serbuk koko


CARA-CARA

  1. Pukul butter sehingga kembang semangkuk ye.
  2. Pukul telur & gula ditempat berasingan ( bukan bersama butter tadi ) sehingga kembang & putih juga. Setelah ia kembang, ( tanpa berhenti memukul ) masukkan butter yang telah dipukul tadi. Kemudian masukkan tepung + serbuk koko secara berselang seli.
  3. Setelah itu, masukkan adunan tadi ke dalam piping bag. Picitkan ia ke dalam cawan kek yang comel lagi hebat.
  4. Akhir sekali, bakar selama 30 minit pada suhu 220. Seeloknya, bakar menggunakan api atas dahulu selama 10-15 minit, kemudian baru bakar pada api bawah.
  5. Ready untuk ditelaaan..nyumm~


SELAMAT BEROPERASI :-)