Wednesday, 17 October 2012

Melepak di Bilik Pengetua Sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.. Ok, semalam kita tidur & mimpi kawan-kawan sekolah.. Entah kenapa sekarang ni asyik mimpikan kawan-kawan. Hampir semua kawan-kawan kita, kita mimpi.. Mungkin kita rindu kat diaorang atau mungkin diaorang yang rindukan kita ni.. hihi.

So, disebabkan kita asyik mimpikan diaorang tu, kita macam teringin pulak nak tulis pasal cerita kitaorang masa zaman persekolahan dulu.. Dulu kita nakal jugak, walaupun tak berapa nak nakal la.. Kenakalan kita tu tak dela pulak sampai boleh di buang sekolah atau jadi kes polis.. tu jahat kot namanya.. Ye ke? Entah!

Dulu masa form 4, form 5, kita & kawan-kawan dah makin menjadi-jadi perangai entah pape tu.. almaklumlaahh... dah seniorla katakan..(dengan nada bangga). Masa form 5 lah yang paling haru.. budak-budak batch kita dah semakin berkurangan kat sekolah tu.. Bayangkan.. form 5 cuma ada berapa belas orang je & budak perempuannya cuma 3 orang. yang lain semua lelaki dalam kelas tu! So kitaorang 3 dara ni menjadi buruan ramailah.. ok jangan percaya yang ni, sebab pembohongan semata-mata!hakhak. 

Kita & kawan baik kita nama Niza selalu boring kat kelas.. sebab selalu kitaorang berdua je dalam kelas tu.. yang lelaki dengan aktiviti diaorang sendiri. Bila tak de ustaz/ustazah je dalam kelas, kitaorang akan ambil kesempatan tu untuk melaksanakan tawaf sekeliling sekolah. Dan tempat yang menjadi feveret kitaorang untuk melepak adalah bilik pengetua sekolah, sebab kat situ sejuk ada aircond.. hehe. Tapi malangnya.. Ustaz Selamat (nama pengetua time tu) macam tau-tau je niat suci murni kitaorang tu.. Bila kitaorang datang & cuba bodek dia, dia akan tanya, tak de cikgu kat kelas? Dengan jujur, kitaorang pun jawab tak de.. maka dengan itu, Ustaz Selamat akan terus menyatakan hasratnya yang berunsur arahan, " Dah, gi masuk kelas. Jap lagi aku masuk ajar matematik". Aduss punah harapan untuk 'menyejukkan jasmani', huhu. Dan yang lebih haru, lepas ustaz tu masuk kelas, budak-budak lelaki akan marah kitaorang kerana menjadi penyebab ustaz tu masuk mengajar, hoho. Selalu juga kena macam tu.. Sekali 2 je rasanya, kitaorang berjaya lepak-lepak kat situ tanpa diganggu, hahax.

Tapi sekarang kita dah taubat.. tak buat macam tu dah.. sebab kita dah lama dah habis sekolah.. Kalau sekarang ni masih bersekolah, mungkin kita masih buat lagi perangai macam tu.. hehehe. Buat adik-adik yang masih bersekolah, rajin-rajin belajar ye.. Tak payahla nak tawaf sekolah tu & lepak kat mana-mana tak tentu hala.. tapi.......... sekali sekala buat, tak pe.. hihi~








No comments:

Post a Comment